TABUNG KEBAJIKAN CRC

KEMASKINI - SEMUA YURAN TABUNG KEBAJIKAN DENGAN INI DIMANSUHKAN BERMULA APR 2016 - ARAHAN DARI PRESIDEN ( SIERRA 1 ) 


Tabung Badan Kebajikan CRC

Para ahli telah bersetuju untuk mengadakan Tabung Kebajikan CRC. Hasrat untuk membuat Tabung Kebajikan ini telah dipersetujui oleh semua Ahli Majlis Tertinggi CRC dan satu mesyuarat telah diadakan untuk menerangkan kepada ahli keperluan Tabung Kebajikan CRC ini diadakan.

Semua ahli yang telah hadir pada perjumpaan itu telah diberi taklimat oleh tuan presiden bagi mendapatkan gambaran sebenar keperluan membuat tabung kebajikan ini.

Semua ahli telah bersetuju dengan cadangan dari S10 - Wan Harun untuk semua ahli membayar Yuran Kebajikan.

Sumbangan Rm 5.00 ( Lima Ringgit Sebulan ) bersamaan Rm 60.00 ( Enam Puluh Ringgit ) setahun. 

Antara Sumbangan yang telah diputuskan adalah seperti berikut :

1 - Kematian Ahli Keluarga Terdekat ( Sekali dalam setahun ) - Rm 100
2 - Kelahiran Bayi ( Sekali dalam setahun ) - Rm 50
3 - Ahli yang dimasukan ke Hospital ( Sekali dalam setahun ) - Rm 50
4 - Sambutan Hari Lahir akan dibuat pada setiap 3 bulan sekali iaitu Mar , Jun, Sept dan Dec - Rm 100
5 - Pinjaman untuk ahli - Pinjaman boleh dibuat sekali dalam setahun atau lebih berdasarkan keputusan AJK Tabung Kebajikan. Jumlah Pinjaman akan diputuskan oleh AJK berdasarkan baki terakhir kewangan Tabung Kebajikan. Pinjaman hendaklah dilunaskan sekaligus pada bulan berikutnya.
6 - Membayar bil letrik, bil internet, bil air dan lain - lain keperluan untuk kemudahan para ahli yang menyumbang.  


Pengerusi - Sierra 9 - 9W2EAZ
Bendahari / Setiausaha - Sierra 82 - 9W2 DJG
AJK Kebajikan CRC  - Sierra 8 - 9W2BHO
AJK Agama CRC - Sierra 77 - 9W2NVM



1 comment: